MDEC mulakan Gerakan #SayaDigital percepat pendigitalan di seluruh negara

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini telah memulakan Gerakan #SayaDigital bagi meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia untuk merebut peluang dalam ekonomi digital dan bergerak seiring dengan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang berlangsung.

MDEC berkata, Gerakan #SayaDigital pada tahun ini memberi fokus kepada empat komponen iaitu melatih anak muda menjadi sukarelawan Geng #SayaDigital, mewujudkan kesedaran melalui aktiviti literasi digital, menjalankan penilaian kesediaan digital dan memberi latihan kemahiran asas digital kepada komuniti.

“Seramai 25 orang Geng #SayaDigital telah dilantik bagi melatih peserta-peserta dengan kemahiran asas digital. Gerakan #SayaDigital telah bergerak ke seluruh negara. Kempen ini secara keseluruhan menyasarkan untuk memanfaatkan 10,000 rakyat di kawasan sosio ekonomi rentan di seluruh negara.

“Sementara itu, peserta yang telah berdaftar secara dalam talian telah dihubungkan dengan programprogram utama MDEC seperti eUsahawan, PeDAS, eRezeki, MyDigitalMaker, GLOW dan eBerkat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Gerakan #SayaDigital bertujuan meningkatkan kadar celik digital dalam kalangan rakyat golongan B40, belia, warga emas dan kumpulan rentan sosio ekonomi di 12 lokasi di seluruh negara.

Gerakan ini turut menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang menyasarkan untuk mencipta 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital menjelang 2030 dan seterusnya menyumbang sebanyak 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2025.

-NIAGATIMES

MDEC.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.