MDEC nyata kesediaan laksana inisiatif MyDigital

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyambut baik pengumuman Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) oleh kerajaan baru-baru ini, dan menyatakan kesediaan dari aspek sokongan serta komitmen tegas untuk menjayakan inisiatif tersebut bersandarkan tiga teras strategik MDEC.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, pelancaran MyDigital dilihat sebagai tindakan positif kerajaan kepada gelombang digital dunia yang berkembang pantas ketika ini dan sangat penting bagi Malaysia sebagai pasaran ekonomi digital yang berkembang pesat di rantau ini untuk kekal kompetitif.

โ€œMyDigirtal diyakini akan memperkukuhkan asas serta pembangunan infrastruktur digital negara. Memandangkan pertumbuhan ekonomi digital bergantung kepada data, inisiatif untuk wujudkan pusat data berskala hiper dengan jangkaan pelaburan mencecah RM15 bilion akan meningkatkan ruang inovasi dan perkongsian kerjasama awam dan swasta.

โ€œProjek Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang disebut untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada dengan sasaran sembilan juta premis menjelang hujung 2025 akan menjadikan negara kita bersedia ke teknologi selular generasi kelima atau 5G dalam masa terdekat.

โ€œSeterusnya, komponen 5G akan memacu pelaburan dalam inovasi baharu menerusi kepantasan yang memungkinan pemindahan teknologi sekaligus mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjadikan Malaysia salah satu pasaran paling kompetitif di dunia,โ€ katanya.

Tambah Surina, pihaknya turut teruja apabila MyDigital juga memberi tumpuan penting kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro untuk beralih ke arah e-dagang yang selama ini menjadi inisiatif penting dilaksanakan MDEC.

โ€œKetika ini sebanyak 335, 834 PKS dan mikro telah memasuki pasaran e-dagang berdasarkan rekod MDEC.

โ€œBerdasarkan sasaran MyDigital pula, sejumlah 875,000 perniagaan kategori berkenaan akan turut berbuat demikian,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

Surina-Shukri.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.