MDEC saran PKS aplikasikan teknologi industri 4.0 secara kecil-kecilan

0
0

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak seharusnya melihat pelaburan besar sebagai halangan bagi mereka untuk menerima pakai Industri 4.0 kerana mereka mempunyai pilihan untuk bermula secara kecil-kecilan.

Pengarah Ekonomi Data Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) Ir Dr Karl Ng Kah Hou berkata PKS boleh mengambil pendekatan mengutamakan segmen yang mempunyai potensi untuk ditransformasikan terlebih dahulu, bagi membantu menjana produktiviti dan kecekapan dengan lebih baik lagi.

“Bagaimanapun, syarikat-syarikat perlu faham sebelum menerima pakai Industri 4.0, mereka perlu mempunyai data terlebih dahulu, bukan data raya tetapi data berkualiti, yang mungkin dalam bentuk dan kuantiti yang berbeza, kerana tanpanya, kita tidak boleh memproses sebarang maklumat, sama ada teks, visual, suara, angka dan sebagainya.

“Ini juga penting kerana alasan bagi menggunakan data adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu, yang kemudiannya diproses untuk membuat unjuran bernilai dan mendapatkan keputusan seperti yang dikehendaki,” kata Ng kepada Bernama.

Industri 4.0 adalah konsep di mana mesin diperkuatkan dengan kesalinghubungan dan sensor tanpa wayar, yang dihubungkan kepada satu sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan barisan pengeluaran dan membuat keputusan sendiri. – BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.