MDS Global meterai kerjasama strategik dengan PlatformX Communications

MDS Global, penyedia utama Business Support Systems (BSS) untuk syarikat telekomunikasi digital, mengumumkan kerjasama strategik baharu dengan PlatformX Communications (PXC), peneraju utama di UK dalam penyediaan perkhidmatan ketersambungan, suara, awan dan keselamatan secara borong.

Melalui perjanjian penting ini, MDS Global akan terus menyediakan Platform Pengewangan Konvergen (CMP) yang terkemuka dalam industri sebagai perkhidmatan pengewangan hujung ke hujung melalui penyumberan luar sepenuhnya, bagi memperkasakan matlamat besar PXC dalam transformasi digital dan inovasi.

Di bawah kerjasama ini, CMP MDS Global akan berfungsi sebagai platform pengebilan borong strategik yang tunggal untuk PXC, menyokong rancangan mereka untuk membina platform pengagregatan altnet yang berkuasa sambil memudahkan infrastruktur IT PXC dan menggabungkan beberapa persekitaran BSS.

Platform tersebut mengoptimumkan operasi PXC dan melaksanakan automasi proses untuk mengurangkan kos operasi, memacu inovasi dan menyampaikan pengalaman pelanggan digital.

Kerjasama ini merupakan bukti rekod prestasi MDS Global dalam menyampaikan nilai dan memastikan operasi yang berkesan tanpa masalah. Keputusan PXC untuk memperkukuhkan hubungan ini, berdasarkan sejarah kerjasama yang panjang antara kedua-dua pihak, mencerminkan keyakinan mereka terhadap komitmen MDS Global dalam menyokong strategi PXC dan merealisasikan matlamat besar mereka.

Ketua Pegawai Teknologi PXC, Phil Haslam berkata, Platform Pengewangan Konvergen MDS membolehkan pihaknya memudahkan tindanan teknologi dan memacu inovasi yang telah menjadi penting dalam usaha kami untuk menjadi penyedia ketersambungan borong terkemuka di UK.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama kami yang berjaya dan melakar pencapaian baharu bersama-sama,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDS Global, John Burton mengulas bahawa Platform Pengewangan Konvergen MDS bukan sahaja akan mempermudahkan seni bina IT PXC tetapi juga memacu inovasi dan kecekapan, sekali gus mengukuhkan kedudukan PXC sebagai peneraju pasaran telekomunikasi borong di UK.

“Kerjasama ini menyerlahkan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan pelanggan kami bagi menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai, yang mendorong pertumbuhan serta transformasi digital,” katanya.

-NIAGATIMES

image-for-illustration.jpg