MED bakal perluas peranan TEKUN Nasional bantu usahawan

Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) tidak akan hanya bertumpu kepada usaha menyediakan pembiayaan mikro dan perkhidmatan sokongan pembangunan usahawan semata-mata, malah akan lebih diperluaskan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, kementeriannya telah melaksanakan beberapa program terbaharu khusus untuk usahawan-usahawan TEKUN Nasional dengan salah satu yang kini diusahakan ialah pelan menyediakan pusat pengumpulan runcit yang lebih selamat dan terjamin.

“Kalau ada peserta Tekun Nasional yang hendak menjual barang, dia tidak perlu membuka kedai sendiri. Dia hanya perlu membuat (produk sendiri) dan kita ada TEKUN outlet. Kita sedang merancang ‘TEKUN Mart’, ‘TEKUN Supermarket’ dan mungkin ‘TEKUN Hypermarket’.

“Kita juga akan ambil barangan lain dari segi inventori, iaitu barang-barang keperluan biasa untuk dimasukkan sebagai menarik orang ramai datang ke outlet TEKUN ini yang kebanyakkan nanti 100 peratus adalah barangan daripada usahawan TEKUN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mood Republik KL Raya Fest 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Redzuan-duduk-tengah-ketika-hadir-pada-perasmian-Mood-Republik-2019.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.