Kementerian Pembangunan Usahawan bakal mengumumkan jalinan kerjasama bersama beberapa negara kuasa besar dunia bagi menaikkan potensi industri halal tempatan untuk lebih dikenali sebagai hab halal terkemuka antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, kerjasama bersama tiga buah negara yang dirahsiakan buat masa ini akan fokus kepada industri halal Malaysia melibatkan bidang farmaseutikal, kecantikan serta makanan.

“Dalam masa terdekat kita akan membuat satu pengumuman, mungkin bulan Jun, dan itu akan memberi impak kepada industri halal di Malaysia terutamanya untuk merangsang usahawan-usahawan yang lain.

“Dan InsyaAllah dengan adanya rancangan ini, boleh juga menarik pelaburan-pelaburan asing datang ke sini untuk membangunkan industri halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, semalam.

Redzuan ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Anugerah Pesonaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 (Kredit foto MED).jpg