MED cadang peruntukan dana PKS bawah satu kementerian

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berhasrat untuk mengemukakan cadangan bagi menyelaraskan peruntukan dana melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah satu pengurusan yang sama supaya memudahkan kelancaran proses berkaitan program-program pembangunan keusahawanan di masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, cadangan menyatukan semua dana di bawah satu bumbung tersebut telah disuarakan ke Kabinet dan keputusan bagi persetujuannnya diharapkan kelak dapat diumumkan dalam Belanjawan 2020 pada Oktober depan.

โ€œJika anda rujuk kepada Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan dana RM4.5 bilion (akan disediakan) untuk PKS yang diletakkan di pelbagai kementerian.

โ€œOleh itu, kita perlu menyelaras dengan kementerian lain dalam tempoh itu untuk memahami pelaksanaannya,โ€ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Usahawan Muda Malaysia Baru di Universiti Binary Puchong, semalam.

Menurut Redzuan, kementeriannya telah mencadangkan pembaharuan berkenaan pelarasan dana tersebut pada tahun lepas dan berharap ia dapat dipersetujui kali ini.

Redzuan-ketika-menyampaikan-ucaptama-pada-Majlis-Pelancaran-Program-Usahawan-Muda-Malaysia-Baru-Kredit-foto-MED.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.