MED fokus bangunkan lapan industri utama

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menetapkan fokus untuk memajukan lapan buah industri utama yang berpotensi besar memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, kekurangan dalam lapan industri yang terlibat iaitu perladangan getah, ternakan, pembuatan minyak, tenaga diperbaharui, rel, bioteknologi, peralatan perubatan, pendidikan dan kesihatan swasta akan dikaji seterusnya diperbaiki bagi memastikan sasaran sumbangan 41 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mampu dicapai menjelang 2020.

โ€œTumpuan terhadap industri ini amat penting kerana berdasarkan tinjauan SME Input-Output (SME-IO) yang dijalankan oleh SME Corp dan Universiti Putra Malaysia (UPM), kita dapati ada kelemahan dari segi hubungan antara PKS dan firma besar.

“PKS terlalu bergantung kepada firma besar dalam memperoleh input. Tetapi lain pula bagi firma besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan laporan tinjauan SME-IO di Platinum Sentral, baru-baru ini.

Hatta Ramli ketika hadir merasmikan laporan tinjauan SME-IO.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.