MED fokus perkasakan program keusahawanan warga kampus

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menegaskan Dasar Keusahawanan Negara (DKN) yang bakal dilancar pada pertengahan suku kedua tahun ini tidak meminggirkan mana-mana pihak termasuklah warga kampus yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan kakitangan akademik.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, antara inisiatif yang bakal dilaksanakan untuk memartabatkan aktiviti keusahawanan seiring DKN dalam kalangan warga kampus adalah melalui pengenalan sebuah program iaitu Inovasi Mahasiswa.

โ€œKita dapati banyak program usahawan di kampus seperti keusahawanan teknologi maklumat dan teknologi inovasi yang boleh diterokai serta dibangunkan.

โ€œJusteru, saya bersama-sama pihak kementerian telah mengadakan perbincangan dengan beberapa buah universiti termasuklah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi merealisasikan hasrat melaksanakan program berkenaan kelak,โ€ katanya pada sesi interaktif NEF Town Hall di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya adakah MED akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan, beliau menjawab: “Boleh, tiada masalah.”

Redzuan ketika menghadiri sesi interaktif NEF Town Hall (Kredit foto MED).jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.