Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menggalakkan para usahawan muda tempatan untuk tampil aktif menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan pelbagai pembangunan berbentuk keusahawanan bagi menjana produktiviti sekaligus meluaskan perniagaan masing-masing ke peringkat global.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pelbagai medium kini rancak dilaksanakan agensi-agensi yang bernaung di bawah kementeriannya dalam memberi fokus kepada usahawan muda terutamanya golongan pemula perniagaan yang mengintai peluang di pasaran antarabangsa.
“Para usahawan muda diinngatkan jangan sekadar menunggu kementerian dan agensi kami untuk datang kepada mereka. Sebaliknya mereka perlu proaktif dan berunding dengan kami.
โBahkan agensi di bawah kementerian kami akan menyediakan latihan dan kaedah sesuai dalam membantu meningkatkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Usahawan Malaysia-ASEAN 2019 di Platinum Sentral Kuala Lumpur hari ini.