MED gesa usahawan segera kuasai keusahawanan digital

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menggesa usahawan-usahawan tempatan untuk tidak terlalu selesa dengan keadaan ekosistem ekonomi sedia ada yang masih bergerak perlahan sebaliknya memanfaatkan landskap ekonomi digital baharu melibatkan Revolusi Perindustrian Keempat (RI 4.0).

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pelbagai pendekatan dan inisiatif telah dilaksanakan dalam tempoh setahun penubuhan semula kementeriannya untuk memaksimakan sektor keusahawanan negara ke arah pendigitalisasi namun masih terdapat respons kurang memuaskan yang diberikan oleh majoriti usahawan sendiri.

โ€œBerapa ramai daripada usahawan yang faham RI 4.0? Semua orang boleh bercakap, tetapi tidak ramai yang benar-benar mahu terlibat. Saya sendiri turun padang lihat pusat-pusat latihan RI 4.0 yang kosong, tiada penglibatan yang sepatutnya daripada usahawan.

โ€œSebagai contohnya, saya ada ajukan pertanyaan dan perbincangan mengenai penggunaan mekatronik dalam RI 4.0 untuk membuat donat. Dengan adanya penggunaan serta kaedah teknologi baharu, pelbagai kelemahan dapat diatasi. Kos akan berkurangan, kita menjadi lebih kompetitif dan kita lebih berdaya saing dalam kaedah digitalisasi pada zaman RI 4.0,โ€ katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Majlis Pelancaran Rizqmall.My di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur, semalam.

Redzuan-Yusof-Kredit-foto-MED.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.