MED ketengahkan 12 PKS aeroangkasa ke LIMA 2019

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah menyenaraikan 12 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bidang aeroangkasa tempatan yang berpotensi menarik minat pelabur luar untuk diketengahkan bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 pada 26 hingga 29 Mac ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pemilihan syarikat-syarikat tersebut telah dinilai bukan sahaja berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas masing-masing dalam pengkhususan aeroangkasa malah juga sebagai inisiatif MED membantu mereka meningkatkan mutu pengeluaran dan kapasiti di dalam perniagaan.

โ€œKita mahu syarikat-syarikat ini mempamerkan kepakaran mereka dengan bukti serta kelayakan yang dimiliki mereka memandangkan terdapat pelbagai program lain yang boleh kita cungkil kebolehan dan bakat mereka.

โ€œKita juga akan menilai prestasi mereka untuk dibawa ke tahap yang lebih baik dengan memperkembangkan lagi perdagangan mereka melalui usaha-usaha seperti padanan perniagaan dan kerjasama strategik,โ€ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi MED 2019 di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur, hari ini.

Redzuan ketika ditemui pada sidang media LIMA19 (Kredit foto MED).jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.