MED kini dkenali sebagai MEDAC

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), berkuatkuasa hari ini.

MEDAC dalam satu kenyataan berkata, perubahan nama kementerian itu telah diluluskan Kabinet berikutan penjenamaan semula yang bersesuaian dengan aspirasi negara.

“Selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan gerakan koperasi, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Januari 2020 telah bersetuju agar Kementerian Pembangunan Usahawan (Ministry of Entrepreneur Development) dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives),” jelas kenyataan itu.

Logo-MEDAC-foto-NiagaTimes.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.