Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan agensi-agensi di bawahnya komited untuk terus memacu perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui fungsi dan peranan masing-masing sebagai pemudahcara kepada usahawan-usahawan tempatan sepanjang tahun ini berdasarkan pelbagai sasaran dan perancangan.
Menurut satu kenyataan, MED menjelaskan bahawa PKS kini telah mengukuhkan haluan ke arah prestasi terbaik berbanding pencapaian sebelum ini.
โBerdasarkan unjuran yang diumumkan semasa Belanjawan 2020, ekonomi Malaysia dianggarkan mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus pada 2019 dan sedikit meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2020.
โPKS juga dijangka mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020 yang memperuntukkan sejumlah RM13.1 bilion sebagai langkah-langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada perniagaan dan usahawan,โ kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan MED itu lagi, perolehan kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada sumber barangan yang dibuat oleh PKS bersempena penganjuran mesyuarat dan program Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 kelak.
โPenganjuran APEC 2020 juga dijangka akan membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan aktiviti pelancongan, sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, di mana PKS akan mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung.
โDari perspektif yang lebih besar, PKS perlu meraih sepenuhnya manfaat digitalisasi dan teknologi terkini yang membolehkan transformasi proses perniagaan dilaksanakan dengan lebih berkesan,โ jelas kenyataan itu.