MED mahu usahawan teroka industri herba

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mendedahkan jangkaan angka peningkatan pasaran industri herba tempatan dan mahukan golongan terlibat seperti institut penyelidikan, universiti serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya petani dan usahawan muda untuk meneroka pasaran berpotensi tersebut.

Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi ketika berucap mewakili Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, kadar pertumbuhan tahunan antara lapan hingga 15 peratus industri herba dilihat berupaya merangsang nilai pasaran dengan jumlah sasaran RM32 bilion menjelang 2020.

โ€œChina, India, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuat pelaburan penyelidikan yang besar dalam ubat-ubatan herba manakala 80 peratus penduduk di Afrika menggunakan beberapa bentuk perubatan herba tradisional.

โ€œDalam konteks ini, kami percaya, penyelidikan dan pembangunan merupakan faktor utama untuk memperkembangkan lagi pertumbuhan industri herba di Malaysia,โ€ katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Persidangan Herba Asia 2019 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, kelmarin.

Wan-Suraya-Kredit-foto-MED.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.