Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menyuarakan keyakinan terhadap potensi projek negara yang melibatkan pembangunan kereta terbang akan merangsang industri baharu dalam ekosistem keusahawanan di Malaysia pada masa akan datang.
Menteri MED, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, projek yang telah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus dengan jangkaan dibawa pulang ke Malaysia dari Jepun menjelang akhir tahun ini telahpun berada di tahap yang baharu apabila perbincangan mengenai hala tujunya disokong oleh kementerian serta agensi yang terlibat.
โKita kini dalam perbincangan bersama-sama agensi dan kementerian yang terbabit dalam sektor penerbangan untuk mewujudkan ruang dan peluang kepada kereta terbang di Malaysia. Situasi ini sama seperti yang dilakukan di negara lain demi mewujudkan usahawan atau kepakaran dengan kemahiran yang mempunyai usaha ke arah membangunkan kereta terbang.
โNamun perlu diingatkan bahawa ini adalah inisiatif syarikat swasta. Kita tidak kawal pelabur mengenai apa yang mereka mahu lakukan. Tetapi apa yang perlu kita laksanakan ialah mewujudkan atau membangunkan industri kereta terbang di negara ini,โ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kepimpinan SME 2019 di Pusat Perdagangan Mines Seri Kembangan, semalam.