Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sedang meneliti kemungkinan untuk menaikkan jumlah pembiayaan bagi dana usahawan mikro Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional bagi merealisasikan hasrat Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, inisiatif memajukan usahawan mikro untuk berkembang ke tahap seterusnya menjadi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti sasaran tersebut boleh dicapai dalam suntikan bajet tahunan negara di samping pembiayaan sendiri milik TEKUN yang sedia ada.
โPertambahan dana dalam TEKUN akan diusahakan. Namun setakat ini masih belum ada lagi keputusan dan kita tunggu dahulu pada peruntukan bajet yang akan diumumkan nanti.
โJika usahawan kita mempunyai rekod bayaran balik yang baik, saya berpendapat lebih ramai lagi individu bakal menikmati pembiayaan daripada TEKUN pada masa depan,โ katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Misi Program Promosi Keusahawanan MED ke Yangon Myanmar sempena Persidangan Malaysia-Myanmar Connect 2019, baru-baru ini.