MED perkenal dua portal digital manfaatkan usahawan

0
1

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah memperkenalkan dua buah portal, MalaysiaBiz dan ScoreXcess yang bertindak sebagai platform digital atas talian khusus kepada usahawan-usahawan tempatan untuk mengakses pendaftaran dan pelesenan perniagaan setempat serta semakan potensi peluang pembiayaan perniagaan secara lebih mudah, cepat dan berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, MalaysiaBiz yang diselia oleh SME Corp. telah mempunyai fungsi baharu yang dinaiktaraf berkaitan urusan pendaftaran dan pelesenan manakala ScoreXcess yang diuruskan oleh SME Bank pula bertindak sebagai portal sehenti untuk usahawan mikro dan kecil bagi mengakses peluang pembiayaan berdasarkan keperluan perniagaan mereka dengan agensi-agensi yang bersesuaian.

“MalaysiaBiz boleh dicapai melalui pautan www.malaysiabiz.gov.my. Bagi menyahut seruan kerajaan ke arah negara digital, portal yang pada awalnya hanya menyediakan kemudahan untuk mendapatkan informasi pendaftaran dan pelesenan kini telah dinaik taraf dengan penambahan elemen baharu, iaitu urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan atas talian…

“ScoreXcess pula merupakan satu daripada komponen utama Platform Digital PKS Kebangsaan sebagai kad skor digital PKS dalam talian yang memudahkan usahawan untuk mengakses permohonan pembiayaan daripada pelbagai agensi pembiayaan.

“Selain menjadi rujukan agensi pembiayaan yang terlibat, ScoreXcess turut menyediakan penilaian pemeriksaan pra kelulusan yang standard merentasi agensi apabila permohonan pembiayaan diterima melalui enjin Kecerdasan Buatan (AI),” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada majlis perjumpaan bersama warga kementerian dan pra pelancaran ScoreXcess di Putrajaya, semalam.

ScoreXcess-Kredit-foto-MED.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.