MED perkenal perakuan akreditasi usahawan sosial

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah memperkenalkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial sebagai panduan menyeluruh khusus untuk golongan usahawan sosial yang berhasrat mendapatkan perakuan akreditasi.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, usahawan yang melaksanakan perusahaan sosial diperakui secara sah akan memperolehi pelbagai manfaat berdasarkan syarat serta kriteria tertentu melalui akreditasi tersebut.

“Selain itu, pihak penyumbang kepada perusahaan sosial juga layak menerima insentif cukai yang diumumkan Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) Cyberjaya, baru-baru ini.

Panduan lengkap itu mengandungi pelbagai maklumat terperinci seperti skop perusahaan sosial, jenis perusahaan sosial dan pelbagai model perniagaan yang boleh diguna pakai, manfaat apabila berdaftar atau diiktiraf sebagai perusahaan sosial, serta penjelasan lanjut mengenai kriteria akreditasi.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:
http://www.med.gov.my/…/do…/files/muatturun/SEA_R4%20(1).pdf

Redzuan ketika melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial (Kredit foto MED).jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.