MED perkenal program keusahawanan e-hailing Tekun Delivery

0
17

Kementerian Pembangunan Usahawanan (MED) telah memperkenalkan program keusahawanan e-hailing Tekun Delivery yang dijangka bakal beroperasi di kawasan Lembah Klang sebagai lokasi permulaan pada suku pertama tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, program tersebut yang diurus selia sepenuhnya oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara) menceburi bidang keusahawanan dengan menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan penghantaran.

“Usaha yang dilaksanakan ini selaras dengan matlamat Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk memberi dorongan kepada golongan belia seperti ‘mat motor’, graduan menganggur dan B40 untuk menjana pendapatan tambahan.

“Menerusi khidmat Tekun Delivery ini, kita percaya ia berpotensi menjadi pemudah cara kepada lebih 480,000 usahawan TEKUN menerusi ekosistem perkhidmatan mengambil dan penghantaran barangan,” katanya pada Himpunan Kelab Motor Malaysia 2019 di Freeport A Famosa Resort Melaka, baru-baru ini.

TEKUN-Delivery-Foto-NiagaTimes.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.