MED: Potensi produk F&B tempatan ke Korea cerah

Kementerian Pembangunan Usahawan menggesa usahawan tempatan yang terlibat di dalam industri makanan dan minuman (F&B) untuk tampil lebih agresif mempertingkatkan mutu kualiti produk masing-masing bagi meningkatkan peluang jenama mereka menembusi pasaran Korea Selatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Hatta Ramli berkata, selain faktor kerjasama ekonomi Malaysia dan Korea semakin bertambah baik, perkembangan industri halal yang kini menjadi tumpuan dunia juga mampu mendorong penggiat industri negara berkenaan memanfaatkan kepakaran dari Malaysia.

โ€œIndustri makanan halal adalah satu lubuk ekonomi yang boleh kita sama-sama bangunkan dan nikmati hasilnya.

โ€œMungkin kalangan pelabur dari Korea yang ada di sini, boleh berkongsi apa lagi yang boleh diusahakan untuk merebut peluang yang lebih memberikan keuntungan jangka panjang,โ€ katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pusat Latihan Usahawan dan Restoran Tasnim Gangjungene di Kuala Lumpur Traders Square, hari ini.

Datuk-Dr-Hatta-Ramli.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.