Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mengingatkan golongan mahasiswa untuk memanfaatkan keberadaan koperasi di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing sebagai peluang meraih pelbagai cabang ilmu dan pengalaman keusahawanan seandainya mahu menjadikan usahawan sebagai kerjaya pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, peranan koperasi di IPT bukan sahaja sekadar organisasi untuk menjana perolehan malah juga bertindak sebagai unit yang membentuk seseorang mahasiswa itu menjadi lebih kompetitif dan inovatif sebelum melangkah ke alam kerjaya.
โMED akan terus membudayakan koperasi dalam segenap lapisan masyarakat khusunya golongan mahasiswa untuk memastikan gerakan koperasi dalam kalangan mahasiswa menjadi lebih kompetitif dan inovatif.
โMahasiswa seharusnya perlu memanfaatkan kesempatan dan peluang yang ada ketika berada di unversiti untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sebelum bergraduasi,โ katanya pada majlis penutup Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan 2019 di Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur, semalam.
Tambah Redzuan, kementeriannya turut menyediakan pelbagai program latihan keusahawanan melalui agensi seperti Institut Koperasi Malaysia, Institut Keusahawanan Negara, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Program โProfesional Training And Education For Growing Entrepreneursโ (PROTEGE) yang boleh dimanfaatkan golongan mahasiswa.