MED sedia bantu usaha pendigitalisasi PKS

0
5

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bersedia menjadi pemangkin kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memastikan mereka memahami secara mendalam mengenai digitalisasi dan ekonomi digital.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kebanyakan usahawan PKS enggan menceburi sektor digital kerana merasakan perkhidmatan secara dalam talian tidak selamat.

“Menurut statistik, kita lihat PKS menyatakan tidak mahu menggunakan gerbang pembayaran sebab mereka merasakannya pengunaanya tidak selamat.

“Kita (kementerian) boleh membantu mereka, dan institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan ini turut menyertakan sekuriti dan insurans sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Masa Depan PKS 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Mohd Redzuan berkata mereka perlu memahami manfaat ekonomi digital yang sekali gus akan meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka.

“Peranan kami adalah untuk memudahkan peningkatan (PKS), terutama dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah (B40), kami perlu menyedarkan mereka untuk mengaplikasinya dalam rangkaian bekalan bagi memperoleh hasil daripada ekonomi digital,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata persidangan Masa Depan PKS diadakan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 50 peratus menjelang 2030, seperti disasarkan di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

-BERNAMA

Redzuan-Yusof-Kredit-foto-MED.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.