Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah menyediakan sebuah platform aduan dan cadangan koperasi secara dalam talian kepada masyarakat khususnya usahawan yang terlibat dalam pertubuhan perniagaan berkenaan.
Pautan khas ‘Cadangan Semakan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007’ yang dikawal selia sepenuhnya oleh MED tersebut bertujuan menyelaras dan memperbaiki fungsi serta peranan koperasi di negara ini dari semasa ke semasa.
Tiap-tiap cadangan dan aduan yang melibatkan keanggotaan, tadbir urus, pengurusan dan operasi, perlakuan perniagaan dan pelindungan pengguna, pewujudan sistem insurans deposit koperasi dan sebagainya boleh diakses pada laman portal itu.
Orang ramai terutamanya para usahawan atau ahli koperasi dialu-alukan untuk berkongsi pandangan, cadangan dan harapan di bahagian ‘SUARA ANDA’ dengan klik ‘ePenyertaan’ pada tapak laman web rasmi MED iaitu www.med.gov.my sebelum 31 Januari 2019.