Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM317.62 juta atau 99.3 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM319.76 juta yang telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2020.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pencapaian yang direkodkan sehingga 7 Disember 2020 tersebut adalah amat membanggakan kerana ia mencerminkan komitmen kementerian serta agensinya dalam membantu kumpulan usahawan di negara ini.
โSelain memberikan fokus terhadap program-program yang dijalankan oleh agensi, dari awal lagi, ketika mula memegang jawatan sebagai menteri, perkara utama saya tekankan adalah untuk menangani isu berhubung karenah birokrasi dan โred tapesโ yang menjadi batu penghalang untuk kemudahan-kemudahan dan pembiayaan disalurkan dengan efisien.
โDari awal lagi saya telah tekankan untuk memudahkan proses-proses yang ada supaya lebih mudah untuk kami salurkan batuan kepada golongan usahawan-usahawan di seluruh negara,โ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK).
Tambah Wan Junaidi, pihak pengurusan MEDAC akan terus mengambil tindakan-tindakan sewajarnya dalam mengenal pasti beberapa halangan dan penambahbaikan dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan penyampaian agensi di bawah MEDAC dalam usaha membantu rakyat.
โWalaupun saya amat berpuas hati dengan pencapaian tahun ini, saya ingin terus menyeru agar MEDAC serta agensi supaya jangan terlalu selesa dengan pencapaian ini dan perlu sentiasa membuat penambahbaikan terhadap proses permohonan supaya para usahawan lebih mudah untuk mendapatkan sebarang bentuk dana atau pembiayaan yang ditawarkan,โ ujarnya.
-NIAGATIMES