MEDAC gesa usahawan sertai kaji selidik fasa-3 pasca Covid-19

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menggesa usahawan-usahawan tempatan untuk mengambil bahagian dengan memberikan respons serta butiran menerusi Kaji Selidik ke Atas Usahawan Pasca Covid-19.

MEDAC dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya berkata, kaji selidik bagi fasa ketiga itu telah pun bermula sejak 15 Julai dan akan berjalan sehingga 31 Julai ini.

“Kaji selidik ini adalah bagi mendapatkan maklum balas situasi terkini perniagaan di Malaysia kesan wabak Covid-19 serta keberkesanan tindakan intervensi melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh kerajaan,” katanya.

Usahawan boleh berbuat demikian dengan melayari pautan https://rebrand.ly/Pasca_Covid19 untuk memberikan maklum balas.

MEDAC-survey.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.