MEDAC lantik pengerusi baharu UDA Holdings Berhad

0
18

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, MEDAC dan UDA memaklumkan bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan itu pernah memikul tugas sebagai Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan pernah bertugas serta mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah Juala Pilah / Jempol dan Jelebu pada 1990 hingga 1991.

“Kami mengalu-alukan pelantikan pengerusi baharu UDA dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan,” jelas kenyataan itu.

UDA-Holdings.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.