Program Peningkatan Industri Strategik dan PKS Berprestasi Tinggi (PRESTIGE): Aerospace Manufacturing Initiative (AMI) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya SME Corporation Malaysia (SME Corp) dikenal pasti dapat membangun dan meningkatkan keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana berpertumbuhan tinggi di dalam sektor aeroangkasa.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program berkenaan dilihat mampu memberikan impak yang positif, dengan jumlah jualan kumulatif PKS yang terlibat di dalam program ini sebanyak RM69.9 juta pada tahun 2019 dengan purata pertubuhan pada kadar 23.9 peratus.
โDi samping itu, PKS ini juga telah berjaya memperolehi persijilan sistem pengurusan kualiti (QMS) yang diperlukan di dalam industri aeroangkasa, seperti persijilan AS9100 dan NADCAP bagi memenuhi syarat untuk menjadi pengeluar komponen aeroangkasa global,โ katanya ketika menghadiri majlis perasmian premis baharu Syarikat Kaizan Aero Manufacturing Sdn Bhd (KAMSB) di Puchong Selangor, kelmarin.
Program PRESTIGE menyasarkan tiga objektif strategik iaitu menambah bilangan PKS berpertumbuhan tinggi dan inovatif di dalam industri aeroangkasa, meningkatkan produktiviti dan kualiti produk PKS di dalam industri aeroangkasa dan meluaskan penglibatan PKS tempatan di dalam rantaian bekalan aeroangkasa di peringkat global.
Melalui pendekatan holistik, program ini dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan PKS melalui adaptasi teknologi, sistem pengurusan kualiti dan peningkatan akses ke pasaran.
-NIAGATIMES