MEDAC, MTDC tumpu usaha bantu usahawan adaptasi teknologi dalam perniagaan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dalam menjayakan Program ‘MEDAC-MTDC i4.0 Accelerator’ bagi merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan automasi dan pendigitalan melalui adaptasi teknologi industri keempat dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

MEDAC berkata, tahap operasi PKS untuk mengadaptasi elemen teknologi baharu ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) akan dipertingkatkan khususnya bagi usahawan-usahawan yang terlibat di dalam program itu.

Justeru, satu lawatan pemantauan program telah diadakan ke lokasi salah sebuah syarikat PKS yang terlibat iaitu Comel Food Sdn Bhd di Bangi, Selangor.

“Program lawatan merangkumi pembentangan profil syarikat, laporan status projek oleh Penyedia Solusi di bawah MTDC dan lawatan tapak pemprosesan produk.

“Di akhir lawatan, cadangan fasilitasi dan peluang kerjasama di antara agensi di bawah MEDAC dengan Pengusaha Comel Food Sdn Bhd telah dikenalpasti bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan potensi pengembangan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus.

Lawatan-program-MEDAC-MTDC-i4.0-Accelerator-Kredit-foto-MEDAC.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.