MEDAC nilai semula program semasa, kekang penularan Covid-19

0
17

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah membuat penelitian terhadap program-program keusahawanan tahunan di bawahnya dengan keputusan berkaitan status beberapa program telahpun dibuat sama ada dihentikan, ditangguhkan, dinilai semula atau diteruskan.

Menurut kenyataan MEDAC pada hari ini bagi menjawab soalan lazim yang menjadi kekeliruan usahawan dan pihak terlibat, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi semasa penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia serta Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di Malaysia.

Antara program yang sedang dinilai semula MEDAC ialah Malaysia Street Festival 2020.

“Kementerian sedang memantau dengan dekat akan perkembangan situasi semasa Covid-19 dan sedang melaksanakan proses penilaian risiko bagi penganjuran program ini dengan mengambil kira risiko pelaburan kerajaan, penajaan swasta, penyertaan usahawan dan keselamatan diri.

“Keputusan akhir mengenai perkara ini akan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan selepas penilaian risiko dimuktamadkan,” katanya.

Turut dinyatakan dalam Senarai Soalan Lazim Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan MEDAC tersebut ialah perkara dan status berkaitan Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BKPU), pelaksanaan program PROTEGE, Program Pembangunan Kapasiti Vendor, pembangunan koperasi, pembangunan ekosistem keusahawanan dan program industri halal.

Untuk maklumat penuh mengenai kenyataan soalan lazim ini, sila rujuk laman web rasmi serta laman sosial MEDAC.

Logo-MEDAC-foto-NiagaTimes.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.