MEDAC perjelas syarat dan kaedah terima inisiatif PRIHATIN PKS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited menyalurkan peruntukan sebanyak RM200 juta yang disediakan oleh kerajaan bagi pembiayaan Skim Kredit Mikro untuk membantu aliran tunai perniagaan usahawan dengan pemansuhan kadar faedah dua peratus kepada sifar peratus melibatkan had maksimum RM10,000.

Justeru itu, Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mekanisme pelaksanaan kelak akan diuruskan oleh agensi MEDAC iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bagi memastikan kelancaran pemberian insentif tersebut berdasarkan panduan-panduan tertentu.

“Pemohon hanya perlu mengemukakan satu bulan penyata kewangan. Malah, pemohon dalam senarai hitam Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Pendidikan (PTPTN) juga boleh dipertimbangkan.

“Usahawan yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak memohon. Namun, perlu berdaftar dengan SSM sebelum pinjaman disalurkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi talian hotline TEKUN Nasional di nombor 03-9059 8888 atau boleh juga layari laman web www.tekun.gov.my.

Wan-Junaidi-Foto-NiagaTimes.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.