MEDAC perkenal dua program tingkat keupayaan PKS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya SME Corp. Malaysia (SME Corp) komited dalam membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memastikan sumbangan mereka kepada ekonomi negara terus meningkat dengan memperkenalkan dua program baharu iaitu PKS ke Peringkat Global dan Rakan Kongsi Pelaburan Bersama PKS.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, program tersebut merupakan inisiatif pembiayaan bersama antara kerajaan dan sektor swasta yang bermatlamat untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan pada tahap awal melalui penyediaan pembiayaan modal berisiko.

“Program ini akan melengkapkan landskap pembiayaan PKS sedia ada dengan menawarkan pembiayaan ekuiti dan hutang.

Program ini juga menyasarkan PKS peringkat permulaan yang beroperasi di antara satu hingga tiga tahun dalam semua sektor termasuk firma ‘mainstreet’ yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, inovatif dan juga syarikat dalam bidang yang baru muncul,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran program berkenaan di Platinum Sentral Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis-Pelancaran-Program-SMEs-Go-Global-dan-SME-Co-Investment-Partners-Kredit-foto-SME-Corp.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.