MEDAC, Pernas perkasakan langkah transformasi perniagaan usahawan industri francais

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kini giat melaksanakan usaha untuk melahirkan bangsa usahawan khususnya dalam industri francais melalui pelbagai program dan bantuan pembiayaan yang dikelolakan agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Omar berkata, peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan melalui transformasi industri francais lebih-lebih lagi situasi ketika ini yang menyaksikan ramai rakyat terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19.

โ€œBagi melaksanakan hasrat ini, program-program bimbingan usahawan, pembiayaan, latihan dan pemasaran akan dibuat secara agresif supaya rakyat dapat meningkatkan lagi taraf hidup dan pendapatan mereka,โ€ katanya ketika menghadiri program Business In Transformation and Franchisor Engagement (BITFE) di Menara Pernas Kuala Lumpur, semalam.

Jelas Noh, program Business In Transformation (BIT) di bawah Pernas seumpamanya telah merangsang pertumbuhan model-model perniagaan ekonomi baru, unik dan berdaya maju sekaligus memberi banyak pilihan kepada pengguna.

โ€œMelalui program BIT, peniaga-peniaga kecil ini dibimbing meliputi usaha menaiktaraf perniagaan mereka dari segi imej, kualiti perkhidmatan dan konsep perniagaan,โ€ ujarnya.

Tranformasi perniagaan hasil program BIT sehingga kini telah terbukti berjaya membantu peniaga kecil memajukan bisnes masing-masing ke arah perniagaan francais.

Sebagai contoh, Putu Bambu World yang dahulunya mempunyai 12 cawangan kini telah berkembang menjadi 70 cawangan selepas BIT. Jenama-jenama francais yang lain seperti Churros Time (dahulu 46, kini 79), Pau Rizq (dahulu 12, kini 55), UK Ice Blendz (dahulu 90, kini 150), Sengkuang Chalit (dahulu 7, kini 14) dan Akie Burger (dahulu 11, kini 55) turut menerima impak positif hasil program BIT.

-NIAGATIMES

Noh-Omar-@-Pernas-FOTO-NiagaTimes.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.