Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kini telah mengenalpasti langkah intervensi yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu usahawan menangani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara inisiatif yang akan dijalankan ialah meneruskanĀ pelaksanaan langkah intervensi di bawah Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC, bantuan pembiayaan dan moratorium secara bersasar.
āDalam pada itu, MEDAC juga akan melaksanakan siri kaji selidik seterusnya (susulan kaji selidik pada Mac) selepas dua minggu tempoh ālock downā dilaksanakan.
āIni bagi menilai impak lanjut yang dihadapi oleh usahawan termasuk langkah keberkesanan intervensi yang dilaksanakan oleh kerajaan,ā katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Wan Junaidi, semua usahawan yang terdiri daripada mikro, kecil, sederhana dan informal akan dibantu dalam segenap aspek termasuklah bimbingan, latihan, digitalisasi dan penyelarasan bersama-sama kementerian serta jabatan yang terlibat dengan isu kebankrapan.
Kaji selidik yang dilaksanakan oleh MEDAC melibatkan 3,855 responden pada Mac lalu mendapati lebih 90 peratus usahawan berisiko untuk menutup perniagaan sekiranya PKP dilaksanakan secara berterusan.
Manakala, 54 peratus terutamanya perusahaan mikro menyatakan hanya mampu bertahan di antara tiga hingga enam bulan sahaja. Keadaan ini dikhuatiri akan menyumbang kehilangan pekerjaan kepada lebih 3 juta penduduk di Malaysia.
-NIAGATIMES