MEDAC sedia perbaharui dokumen strategik PKS APEC

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang mewakili Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan kesediaan untuk memperbaharui dokumen strategik berkaitan polisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memastikan hala tuju sektor tersebut di negara-negara terlibat terus maju untuk tahun-tahun seterusnya.

Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, dokumen strategik PKS APEC yang baharu itu kini lagi diperhalusi dan masih dalam proses perangkaan kementeriannya di mana inti patinya sedang dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Pembentangan mengenai polisi agenda itu akan dibuat sewaktu mesyuarat berlangsung di Amerika Syarikat pada Mei depan untuk dibincangkan dengan negara-negara APEC yang lain.

“Seterusnya kita akan adakan dialog dasar pada Julai dengan sesi pembentangkan diterajui oleh Menteri MEDAC, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof melibatkan menteri-menteri PKS semasa minggu PKS APEC 2020 berlangsung dari 21 hingga 24 September.

“Pada peringkat akhir, polisi agenda itu kemudian akan dibentangkan kepada semua ketua negara APEC pada November nanti,โ€ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Usahawan Muda APEC di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, semalam.

Datuk-Wan-Suraya-ketika-hadir-pada-Bengkel-Usahawan-Muda-APEC.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.