MEDAC sedia platform bantu usahawan industri perkahwinan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menggesa usahawan yang terlibat dalam industri perkahwinan untuk memperluaskan skop perniagaan kepada konsep yang berlandaskan norma baharu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mereka juga boleh memanfaatkan platform yang disediakan MEDAC melalui agensinya, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan mengikuti program bimbingan khas bagi pengamal industri perkahwinan di dalam bidang ‘bridal’, katering, khemah dan lokasi.

“INSKEN sebagai pusat latihan keusahawanan juga telah menyalurkan pelbagai sesi latihan, ‘coaching’, dan ‘mentoring’ kepada usahawan seperti e-BizClinic, BizLive, INSKEN Business Coaching (IBC) Wedding Planner dan INSKEN Business Training (IBT) sebanyak 118 sesi melibatkan penyertaan 4,759 usahawan sehingga pertengahan Oktober 2020.

“Nasihat saya kepada usahawan yang terlibat dalam industri perkahwinan ini supaya dapat memperluaskan skop perniagaan kepada konsep yang berlandaskan norma baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Wan Junaidi, usahawan juga boleh mencuba perniagaan berlandaskan kepakaran dan kreativiti sedia ada.

“Sekiranya ada kepakaran dalam bidang pengendalian majlis perkahwinan, usahawan boleh mencuba untuk melebarkan konsep bagi mengendalikan majlis yang berskala kecil dan tidak tertumpu hanya kepada majlis perkahwinan sahaja.

“MEDAC sentiasa sarankan kepada usahawan untuk adaptasi perniagaan dengan norma baharu kehidupan, perkasakan perniagaan melalui digitalisasi dan perhebatkan strategi promosi,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Wan-Junaidi-industri-perkahwinan-FOTO-NIAGATIMES.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.