Keputusan pihak universiti yang mahu mengenakan caj ke atas kiriman bungkusan yang dihantar ke alamat universiti perlu dinilai semula kerana bukan sahaja menyusahkan mahasiswa tetapi juga menyulitkan golongan usahawan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Menurutnya, selain membebankan pembeli dalam kalangan pelajar, tindakan sedemikian juga kelak akan merugikan ekosistem keusahawanan.
โMahasiswa perlu membayar kos berganda untuk mendapatkan kiriman bungkusan daripada pembeli. Sudahlah perlu mengeluarkan duit pengangkutan untuk ke bangunan pentadbiran. Kemudian perlu mengeluarkan duit untuk caj tambahan ini.
โPada masa yang sama ketika pandemik Covid-19 ini, penjual amat bergantung kepada pembeli dalam talian.
โSaya khuatir jika perkara ini berterusan akan memberi kesan kepada jualan usahawan di mana pembeli dalam kalangan pelajar yang duduk di universiti tidak lagi membeli barangan dalam talian pada masa hadapan,โ katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati menggesa pihak universiti supaya mempertimbangkan semula pelaksanaan terbabit.
โSaya harap pihak pentadbiran universiti yang terlibat melihat perkara ini sebagai satu usaha bersama dalam membantu kerajaan meningkatkan ekonomi usahawan sekaligus membantu mereka bertahan dalam keadaan getir hari ini,โ ujarnya.
-NIAGATIMES