MEDAC sokong inisiatif hargai sumbangan dan kecemerlangan usahawan

0
71

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyambut baik usaha-usaha yang dilaksanakan pihak media tempatan bagi mengangkat martabat usahawan-usahawan di Malaysia dengan menghargai sumbangan dan pencapaian mereka.

Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, inisiatif penganjuran Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia oleh NiagaTimes seumpamanya adalah program bertepatan diadakan sebagai batu loncatan terbaik pendorong kepada usahawan-usahawan tempatan mengejar kecemerlangan dalam lapangan perniagaan masing-masing.

Perasmian dan penyampaian cenderamata kepada Timbalan Menteri MEDAC oleh penasihat NiagaTimes, Emir Abdul Jalal

“Program seumpama ini sangat diperlukan terutama sekali dalam memberikan semangat kepada para usahawan dan juga mereka di luar sana yang cuba bangkit dan bangun semula selepas tempoh sukar yang melanda negara kita iaitu pasca Covid-19.

“Semangat yang ditunjukkan oleh usahawan-usahawan yang berjaya ini sebenarnya apabila dikongsikan (mencetuskan inspirasi). Saya harap mereka terus memainkan peranan bukan sahaja berkongsi rezeki tetapi juga berkongsi bagaimana mereka berhadapan dengan cabaran dan bagaimana mereka memberikan semangat kepada ‘networking’ di bawah mereka dan juga bagaimana strategi perniagaan mereka.

“Saya juga mengalu-alukan untuk mereka bekerjasama rapat dengan MEDAC,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2020 bagi Sesi Kedua di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, semalam.

Majlis anugerah bagi sesi terakhir untuk tahun 2020 tersebut menyaksikan sebanyak 30 lagi syarikat dan individu menggondol anugerah pelbagai kategori seperti Ikon Usahawan Malaysia, Usahawan Cemerlang, Syarikat Terbaik, Kepimpinan Industri dan Syarikat Terunggul.

Ikon Usahawan Tahunan (Pendidikan Al-Quran), Ustaz Qr. Jalaluddin bin Haji Hassanuddin
Anugerah Kepimpinan Industri (Pendidikan Al-Quran), Al Baghdadi Group Sdn Bhd

Bagi Ikon Usahawan Malaysia, salah satu daripada penerima anugerah tersebut ialah Ustaz Jalaluddin Hassanuddin yang merupakan Pengasas Al Baghdadi Group Sdn Bhd. Beliau menerima anugerah ini bagi kategori Pendidikan Al-Quran.

Ikon Usahawan Tahunan (Perkhidmatan Bas Ekspres), Che Ibrahim bin Che Ismail
Anugerah Syarikat Terunggul Tahunan (Perkhidmatan Bas Ekspres), Konsortium E-Mutiara Berhad

Seorang lagi penerima anugerah Ikon Usahawan Tahunan ialah Tuan Haji Che Ibrahim Che Ismail, Pengarah Urusan syarikat Konsortium E-Mutiara Berhad. Syarikat ini adalah sebuah syarikat perkhidmatan bas ekspres unggul yang berkembang pesat dengan cemerlang. Nilai jualan syarikat ini pada tahun 2019 mencecah RM50 juta.

Lain-lain penerima anugerah termasuk:

Anugerah Syarikat Terunggul Tahunan (Produk Kesihatan)
RCC Worldwide (M) Sdn Bhd

Anugerah Usahawan Cemerlang (Multimedia Kreatif)
Mohd Ikmal Fareeq bin Shamsul Bahri

Anugerah Syarikat Terbaik (Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka)
Wasiyyah Shoppe Berhad

Anugerah Produk Cemerlang (Perubatan Tradisional)
Mirath SW Sdn Bhd

Dr. Hazwani Wahab dan Dr. Nadiah Karim mewakili ‘frontliners’ Covid-19 turut meraih penghargaan

Penghargaan di atas jasa dan khidmat petugas barisan hadapan dalam membantu rakyat dan negara ketika Covid-19 tidak ketinggalan disampaikan NiagaTimes di dalam majlis ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran dan Pengerusi CSR Malaysia, Lee Seng Chee.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.