MEDAC tawar moratorium enam bulan kepada PKS terkesan Covid-19

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited membantu golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan impak negatif penularan wabak Coronavirus (Covid-19) dengan menawarkan moratorium selama enam bulan melalui agensi-agensinya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, moratorium atau penangguhan sementara komitmen pembiayaan tersebut yang berkuatkuasa serta-merta bagaimanapun hanya dikhaskan kepada PKS serta pelanggan bagi agensi MEDAC iaitu Bank Rakyat, SME Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) sahaja.

“Hari ini saya boleh sebut, apa-apa sahaja di bawah kementerian kita (MEDAC) telah pun sebenarnya diambil tindakan (moratorium) ini. Agensi seperti TEKUN, SME Bank dan Bank Rakyat sudah mengambil kira setiap badan bisnes PKS yang terlibat dengan penelitian kes demi kes sama ada mereka patut diberi moratorium ataupun tidak…

“Tindakan-tindakan telah dirangka oleh pihak kementerian dengan pelaksanaan menerusi sistem dalaman itu sendiri akan kita lakukan kepada semua pihak yang terlibat di dalam sektor keusahawanan dan juga koperasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet MEDAC di Putrajaya, semalam.

Wan-Junaidi-tengah-Foto-NiagaTimes.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.