MEDAC yakin RMK-12 jana semula ekonomi negara selaras aspirasi DKN 2030

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyambut positif akan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri yang selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030).

MEDAC berkata, perincian RMK-12 yang memberi fokus kepada usaha menjana semula ekonomi negara kesan pandemik Covid-19 akan memberi impak segera kepada usaha mentransformasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai pemacu baharu pertumbuhan dalam tempoh mencabar ketika ini.

“Di bawah bidang keutamaan utama bagi mempertingkatkan keupayaan usahawan dan perusahaan, sebanyak tiga strategi utama telah dikenal pasti yang merangkumi perincian berikut.

“Pertama, mewujudkan usahawan yang inovatif dan mampan. Kemudian, menggalakkan penyertaan inklusif melalui PMKS, koperasi dan persatuan berasaskan pertanian.

“Akhir sekali, mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah MEDAC, perincian strategi ini akan disokong dengan penyediaan inisiatif keusahawanan berteraskan akses kepada peluang pembiayaan, adaptasi teknologi dan digitalisasi, pembangunan kapasiti dan akses pasaran.

“Melalui perancangan RMK-12 yang bersifat insklusif ini, hampir semua kategori usahawan merangkumi PMKS, koperasi, perusahaan sosial dan usahawan informal akan menerima manfaat termasuk kumpulan khusus seperti usahawan bumiputera, wanita, B40, belia, asnaf, graduan, miskin bandar dan luar bandar
serta orang asli.

“MEDAC komited dalam agenda melahirkan Bangsa Usahawan, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Ini selari, dengan usaha mempertingkat keseimbangan ekonomi di wilayah kurang membangun, penekanan kepada aspek keusahawanan akan dipertingkatkan sebagai antara potensi peluang penjanaan pendapatan yang lebih menyeluruh,” ujarnya.

-NIAGATIMES

KREDIT-FOTO-Malakat-Mall.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.