MIDA perkenal portal perkhidmatan dalam talian

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan Portal i-Perkhidmatan yang berperanan sebagai platform hubungan perniagaan untuk menghubungkan pembekal perkhidmatan dan pelanggan berpotensi mereka yang terdiri daripada syarikat tempatan dan asing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud berkata, pembekal-pembekal perkhidmatan tempatan wajar merebut peluang dengan mendaftar maklumat mereka ke dalam portal tersebut memandangkan fungsinya sebagai tapak pasaran mampu menarik minat pelabur berpotensi.

“Selain Portal i-Perkhidmatan, MIDA telah menubuhkan syarikat-syarikat yang berpotensi sebagai pembiaya, penyedia teknologi, institusi penyelidikan dan rakan kongsi perniagaan dengan melibatkan kerjasama pelbagai institusi. Setakat ini, kami telah terlibat dengan hampir 140 syarikat dan 40 rakan kongsi yang menyediakan sokongan kewangan termasuk firma ekuiti persendirian.

“Kami ingin menggalakkan pihak-pihak yang berminat untuk mendaftar minat anda dengan MIDA dengan menghubungi mana-mana pegawai kami untuk butiran lebih lanjut mengenai inisiatif yang menarik ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran portal itu di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perkhidmatan yang terdapat di portal berkenaan termasuklah perakaunan, pengedaran dan logistik, kejuruteraan, pendidikan, perlindungan alam sekitar, ICT serta perkhidmatan profesional dan teknikal yang lain.

Untuk mendaftar atau dapatkan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web iservices.mida.gov.my

Mida portal.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.