Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menetapkan sasaran peningkatan bagi bilangan pengguna portal i-insentif untuk merancakkan lagi aktiviti perniagaan tempatan yang melibatkan pengecualian cukai, geran, pinjaman mudah dan pembiayaan ekuiti.
Pengarah Eksekutif Kanan MIDA, Ahmad Khairuddin Abdul Rahim berkata, pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha untuk mencapai lebih ramai pengguna di portal tersebut bagi memastikan manfaat kemudahan perniagaan dapat dinikmati serta dikongsi bersama secara lebih meluas.
โKami kini mempunyai lebih daripada 2,000 pengguna berdaftar portal ini dan kami pasti mahu meningkatkan jumlah itu. Kami sedang menggiatkan usaha promosi dan mahu menjangkau lebih banyak perniagaan di luar sana.
โPortal i-insentif yang dibangunkan oleh Bahagian Pejabat Penyeragaman dan Penyelarasan Insentif (ICCO) MIDA telah memperlihatkan komitmen kami yang teguh untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia.
โICCO bertujuan untuk memperbaiki koordinasi pusat semua tawaran insentif oleh kerajaan persekutuan dan menguatkan keberkesanan mekanisme insentif kerajaan dengan meningkatkan ketelusan, menghapuskan pertindihan dan menghubungkan prestasi,โ katanya pada sebuah seminar di ibu pejabat MIDA, semalam.