Peneraju global rumah pintar, Midea memperkenalkan Xiaowei, robot dengan teknologi pintar yang dapat bertindak sebagai Pelayan AI, pembantu keluarga, pengawal keselamatan dan rakan sepermainan teknologi.
Robot rumah Xiaowei ini dijangka akan dilancarkan dalam separuh kedua tahun 2022 dan akan diwujudkan sebagai jenama bebas WISHUG oleh Midea Group.
Robot rumah Midea generasi pertama Xiaowei memiliki ketinggian sekitar satu meter, menyerupai patung seakan-akan kanak-kanak dengan beberapa ciri muka yang comel.
“Kami berharap Xiaowei dapat menjadikan kehidupan harian sesebuah keluarga lebih mudah,” ujar Dr. Tang Jian, Felow IEEE, Saintis Terkemuka ACM, Felow CIE dan Pengurus Besar Midea AI Innovation Center.
Xiaowei mampu mengakses perkakasan rumah pintar dan peranti IoT; contohnya, apabila Xiaowei mengesan seorang ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah, ia boleh menghidupkan lampu dan penyaman udara lebih awal bagi menetapkan suhu dan kelembapan yang selesa untuk menyambut ketibaan mereka.
Xiaowei juga berupaya mengenal pasti ahli-ahli keluarga melalui penggunaan teknologi pengesanan tubuh dan badan, menjadikan robot serba guna ini sebagai pembantu rumah AI andal yang juga dapat menyediakan tahap keselamatan menyeluruh yang efektif.
Malah, Xiaowei turut merupakan rakan sepermainan yang sangat baik; menggunakan projektor terbina-dalamnya dan teknologi-teknologi canggih yang lain, ia dapat mencipta teater bergerak, pusat hiburan dan kawasan permainan yang interaktif di rumah untuk memastikan seluruh keluarga terhibur.
Robot Xiaowei mampu mengimbas rumah dalam semua arah melalui kamera 3D terbina dalamnya, melaksanakan penerokaan dan pemetaan berautonomi, mengenal pasti atribut objek dan menyusun maklumat semantik melalui pemetaan Semantik 3Dnya.
-NIAGATIMES