Peneraju global yang terkemuka dan inovatif bagi pembangunan teknologi rawatan kesihatan, Mindray memperkenalkan sistem infusi cekap serta inovatif untuk industri rawatan kesihatan baharu iaitu BeneFusion e Series.
Terbahagi kepada tiga model, eSP, eVP dan eDS, BeneFusion e Series ini mempunyai kecekapan dalam atur kerja, keselamatan, aplikasi dan salur maklumat.
Mindray dalam kenyataan berkata, BeneFusion e Series menyelaraskan aliran kerja melalui skrin sentuh berwarna 3.5 inci, yang mempunyai teknologi ‘Intuitive User Interface’ untuk sentuhan yang lancar.
“Penyediaan yang lebih pantas dapat dilakukan dengan penggunakan teknologi SmartRapid dan lebih ketara ia dapat menyingkatkan masa mula kurang 10 saat dari masa ia dihidupkan untuk memberi titisan ubat yang pertama.
“Sementara itu, sistem pengurusan ubat SafeDose dapat meningkatkan kecekapan dengan visualisasi berkod warna membantu pengguna memilih dan mengesahkan ubat yang betul untuk rawatan dengan mudah dan mengelakkan kesilapan dalam pemberian sukatan dengan sekatan had yang ditetapkan,” katanya.
Jelas Mindray lagi, BeneFusion e Series memberi kecekapan dalam penggunaan aplikasi dan maklumat.
“Reka bentuk semua dalam satu BeneFusion eSP dan eVP dapat memenuhi pelbagai fungsi infusi dengan mengintegrasikan fungsi pemindahan darah, TCI/TIVA, Nutrisi, PCA dan aplikasi Neonatal di dalam satu sistem, manakala reka bentuk dok modular eDS yang fleksibel membolehkan peyambungan sehingga 16 slot.
“Sistem infusi ini boleh disambungkan terus ke BeneVision CMS yang menawarkan pemerhatian berpusat untuk setiap butiran pesakit ‘vital signs’ dan rawatan infusi,” ujarnya.
-NIAGATIMES