Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan hasrat untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memperkasakan sektor aeroangkasa tempatan dalam usaha mencapai sasaran perkembangan sebanyak 10 hingga 15 peratus pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Darell Leiking berkata, usaha meningkatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan melibatkan aeroangkasa telahpun dilaksanakan di beberapa negeri dengan penglibatan sub-sektor pembuatan aeroangkasa dianggarkan berpotensi merekodkan pertumbuhan eksport positif sebanyak 15 peratus.
โSebagai contoh, Selangor sedang melaksanakan Pelan Tindakan Aeroangkasa yang merangkumi tujuh kawasan. Di Kedah pula, pembangunan industri penerbangan melibatkan kemudahan dan infrastruktur giat dijalankan dengan bakal tertubuhnya Hab Utara Aeropolis dan Aeroangkasa.
โJusteru, MITI dan agensinya kini sedang memudahkan projek aeroangkasa terkini yang melibatkan pemasangan pesawat, penyelenggaraan pembaikan dan baik pulih (MRO) berat, latihan aeroangkasa dan hab aeroangkasa baharu di Malaysia Timur.
“Selain segmen pasaran tradisional, Malaysia juga meneroka peluang dalam Ekonomi Angkasa Baharu atau Angkasa 4.0 di mana teknologi angkasa akan meningkatkan kualiti hidup di negara ini,โ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2019 (MyAero’19) di Menara MITI Kuala Lumpur, hari ini.