MITI saran usahawan kuasai pasaran e-dagang

0
31

Usahawan tempatan perlu tampil meneroka ekosistem pasaran yang lebih luas dengan menjadikan platform e-dagang sebagai medium baharu untuk mereka mengembangkan skala perniagaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming.

Menurut beliau, kementeriannya melalui agensi-agensi seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sentiasa komited membantu usahawan tempatan terutamanya syarikat pemula niaga yang memiliki potensi untuk meneroka pasaran global melalui pelbagai program e-dagang.

“Antara pendekatan yang perlu diberi perhatian ialah mempromosikan, bantu usahawan untuk menyenaraikan perniagaan mereka di platform e-dagang dan jual barangan mereka ke luar negara.

“Ramai usahawan e-dagang tidak sedar bahawa MATRADE mempunyai program e-Trade iaitu adanya subsidi RM5,000 bagi usahawan yang mahu mengeksport barangan dan khidmat mereka untuk disenaraikan dalam platform e-dagang seperti Amazon, Alibaba dan Facebook. Malah, kami turut menyediakan latihan untuk usahawan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak ASEAN Rice Bowl Startup Awards di Sasana Kijang Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kian-Ming-Kredit-foto-Asean-Rice-Bowl-Startup-Awards.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.