MITI setuju lanjutkan tempoh pelaksanaan projek sektor perkilangan

0
23

Pegawai Pelesen, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah bersetuju untuk memberikan lanjutan tempoh pelaksanaan projek kepada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam sektor perkilangan di Malaysia yang telah diluluskan Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif terhadap keprihatinan kerajaan bagi memastikan sektor-sektor ekonomi Malaysia terus kekal kompetitif dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

“Berdasarkan amalan semasa, sesebuah syarikat dikehendaki melaksanakan projek yang diluluskan dalam suatu tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang.

“Dengan pelaksanaan mekanisma kelonggaran ini, syarikat secara automatik akan diberikan tambahan tempoh selama 12 bulan lagi untuk melaksanakan projek pengilangan yang telah diluluskan.

“Lanjutan tempoh 12 bulan ini akan bermula dari tempoh tamat seperti yang telah dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang syarikat,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah MIDA, lanjutan tempoh secara automatik ini adalah terpakai bagi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan interim atau Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 daripada MITI, yang masih belum melaksanakan projek tersebut.

“Bagi membolehkan syarikat-syarikat yang terlibat diberikan lanjutan tempoh pelaksanaan projek secara automatik, syarikat diminta untuk memohon kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan oleh MITI melalui imbasan QR code yang disediakan.

”Syarikat boleh mengemukakan permohonan ini kepada MIDA bermula dari 16 Jun 2020 sehingga 31 Mei 2021,” katanya.

Permohonan boleh dibuat di pautan https://forms.gle/dvPMrzVE9EWCtKnC7 .

Perkilangan-Foto-sekadar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.