MOA rangka hala tuju baharu perkukuh sektor agromakanan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah merangka dokumen Hala Tuju MOA: Prioriti dan Strategi 2019-2020 bagi mengukuhkan tiga dimensi sektor agromakanan iaitu sekuriti makanan negara, pembangunan ekonomi luar bandar serta penggalakan pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, lima hala tuju baharu yang ditetapkan itu akan dicapai melalui perlaksanaan 18 strategi dan 51 inisiatif bagi membantu usahawan tani daripada kalangan pekebun kecil mengintegrasi tanaman industri bersama tanaman makanan.

โ€œBagi hala tuju pertama, memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan dan perikanan.

โ€œKedua, merancakkan penglibatan pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian.

โ€œKetiga pula menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan agroprenuer muda,โ€ katanya pada Majlis Pelancaran Hala Tuju MOA: Prioriti dan Strategi 2019-2020 di MAEPS Serdang, hari ini.

Tambah Salahuddin, hala tuju keempat ialah menambahbaik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk petani, penternak dan nelayan.

โ€œHala tuju terakhir, memperkukuhkan struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah kementerian dengan menambahbaik sistem penyampaian serta tadbir urus,โ€ jelasnya.

Salahuddin Ayub.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.