Moody’s tembus pasaran ASEAN, jalin kerjasama dengan MARC

Moody’s Corporation (Moody’s) telah memperolehi saham minoriti di dalam Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), sebuah agensi penarafan kredit yang memberi perkhidmatan kepada pasaran bon dan sukuk domestik Malaysia.

Moody’s dalam satu kenyataan berkata, pelaburan itu bukan sahaja memperkukuhkan kehadiran mereka di Asia Tenggara dan merentasi pasaran bon domestik di seluruh dunia, malah memajukan kedudukan mereka sebagai sebuah pemimpin di dalam kewangan Islam.

“Pasaran bon domestik Malaysia yang mantap memberikan satu peluang yang menarik untuk Moody’s, dan kami sangat teruja untuk membina di atas perkongsian kami dengan MARC dan portfolio mereka yang sedang meningkat bagi penarafan dan perkhidmatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua bagi Perkhidmatan Pelabur Moody’s di Asia Pasifik, Wendy Cheong.

Pelaburan itu mengukuhkan kehadiran Moody’s di Malaysia, satu pasaran penting di dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia mempunyai pasaran bon korporat domestik yang terbesar di rantau itu dan telah mewujudkan dirinya sebagai sebuah hab global bagi kewangan Islam, dengan pasaran sukuk yang terbesar di dunia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC, Datuk Jamaludin Nasir berkata, pihaknya berbesar hati membentuk persefahaman positif bersama-sama Moody’s.

“Kerjasama strategik ini dengan Moody’s memperdalamkan komitmen MARC terhadap pembangunan pasaran modal Malaysia yang lestari,” katanya.

-NIAGATIMES

Moodys-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.