MOTIVASI CELINE NG PACU KEJAYAAN THE BARE SKIN

Sekali imbas jika dilihat pada raut wajahnya, seakan-akan sukar untuk dipercayai bahawa gadis ini sebenarnya adalah seorang usahawan yang sedang meningkat naik. Ditambah lagi dengan usianya yang cukup muda, Celine Ng yang baru menginjak umur 23 tahun sebenarnya telah cukup matang membina empayar perniagaannya sendiri melalui produk penjagaan kulit, The Bare Skin.  

Ng ketika berkongsi perjalanan bisnesnya berkata, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk merendah diri enggan mengejar impian kerana ia sebenarnya adalah pencetus utama untuk mereka berjaya. Malah menurut Ng juga, langkah menjadikan impian itu kenyataan juga perlu dilaksanakan dengan sabar serta penuh teliti.

“Bagi saya, usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. Di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalan.

“Pengalaman saya sendiri mungkin masih dianggap mentah oleh sesetengah pihak. Tetapi proses untuk membina identiti bisnes ini tidak muncul begitu sahaja. Saya dan kru tenaga kerja The Bare Skin misalnya memerlukan banyak refleksi, penyelidikan dan mencari tempat produksi yang tepat sebelum kami berjaya ke tahap ini,” katanya.

Menurut Ng, dia menyasarkan jenamanya untuk mara lebih jauh di dalam industri dan syarikatnya tidak memandang mudah perkara ini apabila sentiasa melakukan pemantauan respons daripada pengguna bagi memperbaiki kualiti produk mereka dari masa ke masa.

“Kami cenderung membantu lebih ramai pelanggan untuk menjana pendapatan yang lebih baik. Biarlah mereka alami sendiri kualiti produk kami yang berkesan menyembuhkan masalah berkaitan kulit.

“Produk The Bare Skin menggunakan teknologi terbaru dalam industri, iaitu Teknologi Rawatan Microneedle.

“Produk topeng penjagaan kulit kami contohnya mengaplikasi jarum mikro tradisional menggunakan jarum halus yang memberikan impak seolah-olah tusukan halus yang tidak dapat dilihat di lapisan atas kulit. Kaedah ini memberikan hasil yang sama dengan rawatan jarum mikro biasa,” jelas Ng dengan terperinci.

Ng juga berbangga dengan pencapaian jenamanya yang telah berjaya meraih jualan jutaan ringgit dengan keboleh pasaran syarikat itu telah menjangkau hampir 10 negara untuk hanya tempoh setahun sejak dilancarkan.

“Jenama ini semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Semoga jenama kami nanti menjadi antara yang terbaik di Asia dan pada masa yang sama, dapat membantu pelanggan menyelesaikan masalah kulit mereka.

“Produk ketiga kami akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya cukup teruja dan ia pastinya sesuatu yang sangat dinanti-nantikan sebagai ‘buah tangan’ terbaharu kepada pengguna setia The Bare Skin,” ujarnya tersenyum.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.